Online Diary Dairy saya..: ada apa dengan cinta~~

Followers

05 October 2011

ada apa dengan cinta~~


“Andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada bermaya. Hampa…”

Cinta, ibarat irama dan lagu, kumbang dan bunga, ombak dan pantai. Sukar mencari tafsiran yang hampir tepat dengannya.

Ada main-main cinta, cinta monyet, cinta pertama, cinta kilat, cinta sms, dan pelbagai jenis cinta lagi. Bersama menghamparkan harapan supaya cinta sejati lahir dari hubungan yang terbina itu. Yang paling mudah diungkapkan ialah kata-kata cinta tanpa benar-benar memahami ertinya. Adayang bersama dulu dengan hati yang kosong tapi kemudian tumbuh rasa cinta pada hati masing-masing. Ada yang bercinta tetapi tidak temui cinta dan kebahagiaan dalam hubungannya. Dan, paling kesian apabila telah jatuh cinta tetapi tidak berupaya mengungkapkannya kerana ia menjadi milik orang lain. Macam-macam perihal cinta.
i-love-uFasa remaja-dewasa (18-29 tahun) seperti penulis selalunya menemui teman-teman sekeliling yang sedang mencari cinta untuk dibuat sehidup semati. Di sinilah kebanyakan daripada mereka mula meng”usha” bakal suami dan bakal isteri sebagai teman hidup. Namun, ramai juga yang kecundang di pertengahan jalan dengan hati yang menderita. Malah, ada yang tersangkut dalam keadaan tidakpasti dan musykil dengan hala tuju hubungan. Tiada siapa yang mampu memutuskan sama ada insan yang dipilih adalah cinta sejati atau tidak selagi mereka belum mengenalpasti ciri-cirinya. Memang mudah berkata “I LOVE U” tapi bukan mudah untuk memuntahkannya dari lubuk hati. Cinta sejati tidak perlu dilafaskan kerana impaknya terlalu dalam sehingga rasa cintanya menjadi ketara pada kita.
Cinta perlukan tanggungjawab.
couples-disagreement-need-for-counselingSaya percaya bercinta adalah ketika kita merasakan adanya hubungan  dan rasa tanggungjawab ke atas hubungan itu. Bukannya nak memberi nafkah atau menjadi “suami isteri perasan”, tetapi bertanggungjawab dengan perasaan pasangan. Pencinta sejati tidak akan mudah-mudah berjanji mulut dan kemudian mengingkarinya. Cinta sejati tidak akan mudah-mudah dilepaskan dan akan terus diperjuangkan. Ia akan menyebabkan kita menjadi individu yang bertanggungjawab kepada kata-kata, janji, perbuatan dan harapan yang diberikan pada pasangan. Tak adelah dengan A cakap Wo Ai Ni, dengan B pula cakap I Lap U.. Kalau cakap saja cinta tapi masing-masing buat ikut suka hati tanpa memikirkan perasaan pasangan, maknanya anda kena menilai baliklah sama ada benar-benar cintai pasangan
Cinta sejati memerlukan kesabaran
imagescano2nol
Cinta haruslah diuji dan dinilai kembali sama ada perasaan itu masih ada dari masa ke semasa. Kalau kenal sejam dah cakap cinta sejati, itu maknanya anda dipanah cinta kilat. Dalam bercinta, ruang untuk rasa bosan tidak harus muncul kerana ia satu proses menyemai dan menyuburkan perasaan dari hari ke hari. Untuk kita tahu bahawa cinta sejati atau tidak, beri peluang pada diri untuk menikmati rasa cinta itu mengikut peringkatnya. Jangan baru kenal seminggu tapi dah berikan semuanya seolah-olah dialah cinta yang teragung. Cinta itu berperingkat dan mempunyai fasa-fasa yang harus dilalui dalam mencapai cinta sejati. Kalau terus terbang ke puncak cinta, kita tak dapat menilai sebarang kecacatan yang ada di kiri kanan jalan. Bila dah terlanjur jauh, sukar pula untuk mencari jalan pulang.
Cinta sejati perlukan kesejatian
love_quotes_graphics_013
SEJATI, atau dalam maksud lain “sebenar, betul, tulen, original, genuine, true, real” dan sebagainya. Jadi, tentunya tiada sedikit pun ruang kepalsuan untuk singgah ke dalam hubungan. Kalau awal-awal lagi status diri pun dah dipalsukan, macam mana anda nak pastikan cintanya jujur buat anda? Yang berpunya cakap solo, manakala yang dah kahwin pula cakap bujang. Saya selalu percaya kalau semua padanya nampak baikkkkk……. je, there must be something wrong somewhere. Sama ada kita sedang ditipu atau kita tidak lagi berpijak di bumi nyata. Persembahkanlah diri anda yang sebenar walau jelik mana pun sebab di situlah boleh melihat sejauhmana dia hendak bersama kita. Kalau dia benar-benar menyintai kita, semua yang buruk pada diri kita itulah terbaik buatnya. Padanya…, kekuranganmu menyempurnakan hidupku!!Oleh sebab itu, jika nanti anda sudah tidak cantik, dah beranak sampai 16 orang, dah botak gondol, dah papa kedana pun, dia tidak akan meninggalkan anda.
Cinta sejati perlukan kebebasan
tapi kebebasan terkawal.
love53
Ini adalah salah satu pelantar bagi kesejatian cinta. Lepaskan dia untuk bernafas dan mengasihimu dengan caranya yang tersendiri. Kalau awal-awal lagi dah mengongkong, mengekor ke hulu hilir, mencengkam privasi pasangan sehingga dia tidak dapat bernafas, bagaimana anda nak berinya ruang untuk menghargai anda? Bebaskan dia untuk anda melihat segala belang-belangnya. Yelah, di depan kita pijak semut pun tak mati. Kawal dia dengan kebahagian dan kasih sayang anda dan ini akan membutakannya dari mencari kebahagiaan lain di luar sana. Kalaulah baru sekejap berpisah, si dia sudah pandai bercumbu dengan orang lain…nampak sangatlah cinta anda tiada nilai padanya.
Cinta sejati milik Tuhan Yang Esa.

gse_multipart261241
Maka, dalam bercinta bagai nak rak pun jangan lupa untuk mendapat keberkatan dari Nya. Dialah pemegang hakmilik asal rasa cinta yang penuh nikmat itu. Kalau benar cinta sejati, maka muktamadkannya dengan perkahwinan. Kalau tidak, itu bukanlah cinta sejati kerana cinta yang sebenar hanyalah untuk suami atau isteri yang hakiki. Jika anda mempunyai keimanan dan kerohanian yang kuat, anda akan redha dengan ketentuanNya ke atas cinta anda. Percayalah, cinta sejati mendekatkan kita padaNya, bukan menjauhkan. Wallahualam.

Jika kamu memancing ikan,
setelah ikan itu terlekat di mata kail
hendaklah kamu terus mengambil ikan itu
Janganlah sekali-kali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu saja,
Kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu
Dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup..
Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak penghargaan kepada seseorang,
Setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya….
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja,
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu,
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya,
Selagi dia mengingatimu.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 cakap-cakap:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen